BukanSebarangKecil

BukanSebarangKecil

Sunday, December 14, 2014

Universiti Utara Malaysia-UniUtama


bersama rakan-rakan di UUM.


Baiklah.. since lepas raya aku dah tiada post untuk jamukan kepada korang.. eventough certain tue ada melawat blog aku nie(macam ada jer).. aku mintak maaflah sebab lepas raya hari tue aku agak sibuk sebab menjalani pratikum untuk semester terakhir..

tapi bila tengok gelaran mahasiswa dengan perwatakan aku nie.. sikit pun tak kena.. macam beruk adalah. So, aku kat universiti sekarang.. tak macam kat sekolah.. Budaya sekolah dan universiti amat berbeza sekali.. Kat sini aku diberikan nombor matrik untuk berhubung dengan semua jenis perkara.. dan aku amat bertuah kerana nombor matrik yang aku perolehi ialah 215408. Nombornya hampir sama dengan tarikh lahir aku.. ahahahhaha..

hari ni aku nak cerita pasal Uniutama..style kan bila nama U aku disingkatkan..U lain tak boleh..nanti jadi tak sedap..macam UniPutma,UniTekMa,UniMaKel..tak sedap kan..

so today, aku nak ceritakan apa yang BEST dekat UniUtaMa selepas hampir 3 tahun disini..

nie berdasarkan knowledge aku selama 3 tahun kat sini ok..tak explore habis lagi.

First sekali apa yang aku suka tentang UUM adalah disebabkan ini.



aku bukan nak tekankan yang pintu gerbang dia nie yang cantik..tapi aku nak tekan kan bahawa, penuntut Universiti Utara Malaysia boleh balik pukul berapa pun korang suka.. pukul 3 pagi? 4 pagi? lepas subuh mahupun dah nak maghrib.. semua boleh.

tiada paksaan untuk balik awal dan kalau korang nak tahu, pintu gerbang nie tiada gate.. so dia takpernah tutup.. so kepada UNI lain.. jangan jealous lagi, masih ada banyak lagi untuk dicemburukan..

2. Facility yang gempak gila bab.

maybe sebab aku shock culture kan sebab sekolah dulu ada apa lah sangat.. court bola tampar, padang bola yang habis lawa, dan astaka tempat maksiat pelajar.. mungkin tiada apa yang nak dibanggakan, then bila aku masuk uum, facility dia macam style jer.. korang nak cakap aku jakun cakaplah.


kalau korang nak tahu  bas kat sini tiga minit sekali untuk masa kelas..tak sempat bas pertama nak jalan, dah sampai bas satu lagi.. so bontot korang tak panas lagi duduk kat bus stop tue..


ok ni library.. ada lima tingkat lebih dari dua juta cetakan buku rujukan ada kat sini.. so kalau dia pelajar uum dia tahu lah betapa seksa nak cari buku kat sini.. tak cecah sejam memang tak sah..

in addition. wifi uum memang terbaik, dekat semua tempat tumpuan pelajar ada wifi.. kat kuliah, dekat kafe, dekat library, dekat bilik, so mana-mana pon boleh berfacebook..itu sebab pelajar uum rasa rugi kalau phone dia takder wifi.


ok nie padang uum.. dekat dalam uum sahaja, mereka memiliki 12 padang (yang aku tahu lah) dan padang dia memang diselenggara dengan baik, tiada lopak air mahupun kemuncup dan daun semalu, semua padang sukan ada, bola sepak, ragbi, sofbol, kriket, sampaikan penuntut uum sendiri dah tak larat nak guna dah..



korang tahu nie apa kan.. aku malas nak explain.. yang mampu aku cakap.. uum  ada benda nie.

cukuplah tue kan. aku malas nak explain lebih la. kang kembang pulak aku punya pengetua UUM nie.

nie aku bagi sedikit tips tentang UUM kalau korang nak tahu apa yang ada di UUM:

1. mempunyai padang sasar untuk achery dan kolam olimpik.

2. merupakan university projek bagi golf dan kami mempunyai padang golf sendiri di dalam UUM.

3. UUM merupakan satu-satunya universiti dimana 100% pelajarnya duduk di dalam universiti dan tiada dibuang ke luar.

4. Universiti kedua dekat dengan Padang Besar selepas Unimap.

5. Mempunyai 15 dewan penginapan pelajar. Macam hogwarts kan.. antaranya TNB, MISC, PROTON, BSN,Yayasan AlBukhary dan banyak lagi.

6. Ada lebih 16 Kafetaria di seluruh UUM.

itu jer kot yang aku tahu lepas duduk UUM.. ada lagi tapi malas nak ulas.

p/s: UUM sudah mengatasi masalah ketiadaan air pada tahun lalu.. so jangan takut pergi kelas tak mandi.

No comments:

Post a Comment